Tarikh  : 23 JANUARI 2024
Masa  : 2.00 - 4.00 PETANG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan :

Kelas ICT Sains secara atas talian yang diadakan oleh petugas bertujuan untuk membantu palajar sekolah yang masih lemah dalam matapelajaran, disamping itu juga dapat mengisi masa terluang pelajar pada cuti sekolah. Disamping itu juga, petugas juga menjalankan kuiz Klik Dengan Bijak kepada peserta yang hadir.

Aktiviti :

Petugas dan peserta membuka Web Quizizz Sains & Quizizz KDB kepada peserta untuk menjawab soalan soalan yang telah disediakan di laman web tersebut.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 15 JANUARI 2024
Masa  : 9.00 - 4.00 PETANG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Tujuan PEDi membuat pembukaan kaunter Tabung Haji ini bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat untuk membuat pelbagai urusan bersama Tabung haji. Hal ini kerana, Tabung Haji berada jauh dari kawasan sekitar Felda Nenering, ianya sukar untuk komuniti membuat urusan bersama Tabung Haji.

Aktiviti :

Komuniti datang ke PEDi untuk membuat pelbagai urusan berkaitan Tabung Haji.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 12 JANUARI 2024
Masa  : 9.00 - 11.00 PAGI
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Usahawan PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan : 

Kelas keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan baru dalam menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan yang baru mereka ceburi.

Aktiviti :

Bengkel dimulakan dengan guru dari AIM memberi taklimat ringkas kepada para usahawan iks yang hadir ke bengkel yang telah disediakan. Setelah itu mereka diterangkan tentang kebaikan dan kelebihan yang mereka dapat apabila mereka menceburi bidang keusahawanan ini yang akan membawa kebaikan & keuntungan untuk mereka dihari mendatang kelak.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 15 JANUARI 2024
Masa  : 9.00 - 11.00 PAGI
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Usahawan PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan : 

Kelas keusahawanan ini diadakan bersama usahawan AIM kawasan Felda Nenering bertujuan untuk membantu usahawan baru dalam menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan yang baru mereka ceburi.

Aktiviti :

Bengkel ini bermula pada sebelah pagi dengan kehadiran guru AIM memberi taklimat ringkas kepada usahawan iks Felda Nenering yang hadir pada bengkel yang telah disediakan. Para usahawan juga diterangkan faedah  kebaikan serta kelebihan yang mereka dapat setelah mereka menceburi bidang keusahawan ini.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 8 JANUARI 2024
Masa  : 9.00 PAGI - 5.00 PTG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Membantu komuniti mengisi maklumat data di Sistem Pangkalan Data Utama PADU@PEDi.

Apa itu padu ?
- PADU merupakan sebuah sistem digital yang selamat dan komprehensif, yang membantu dalam digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dalam sistem PADU.

Aktiviti :


Pegawai Perangkaan serta petugas PEDi membantu komuniti yang hadir ke  PEDi untuk mengisi data mereka ke Sistem PADU.

GAMBAR AKTIVITI