Tarikh  : 28 JANUARI 2024
Masa  : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Kelas yang diadakan oleh petugas PEDi pada kali ini adalah bengkel membuat roti pizza dan pelbagai jenis roti. Ianya bertujuan untuk membantu usahawan yang berniaga atau surirumah menambah ilmu dalam bidang membuat roti.

Aktiviti :

Kelas diketuai oleh seorang guru berasal dari Gerik yang mempunyai ilmu dalam bidang membuat roti. Beliau membimbing peserta yang hadir untuk membuat roti, dari mula membuat doh sehingga selesai membakar.

GAMBAR AKTIVITI