Tarikh  : 16 OGOS 2022
Masa  : 9.30am - 12.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

Kelas menyusun Puzzle secara atas talian ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam mahir mencari benda yang telah dileraikan dan tersembunyi. Ianya dapat membantu mengasah bakat peserta untuk berfikir secara pantas dengan masa yang diberikan. Puzzle yang mereka pilih adalah bertemakan bendera Malaysia bagi mengingati bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Aktiviti :

Peserta membuka laman web Jingsaw.puzzle dan mula menyusun puzzle yang telah dileraikan. Pemenang dipilih berdasarkan masa yang paling cepat.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 12 OGOS 2022
Masa  : 10.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan :

Kelas melukis menggunakan Paint diajar oleh petugas kepada peserta yang baru untuk mempelajari dalam bidang Celit IT. 

Aktiviti :

Peserta diajar cara untuk menggunakan aplikasi yang terdapat didalam aplikasi Paint tersebut .

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 5 OGOS 2022
Masa  : 8.00am - 11.00am
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : SK Felda lepang Nenering


Tujuan :

Pertandingan kuiz merupakan cara yang berkesan untuk menjadikan pembelajaran STEM mudah dan boleh diakses oleh semua golongan masyarakat. Minat generasi kini terhadap bidang berkaitan STEM semakin berkurangan di mana perhatian mereka lebih bertumpu kepada bidang Seni dan Kemanusiaan, Pendidikan, Sains Sosial, Perniagaan dan Penghakiman. Pertandingan ini memerlukan interaksi secara berterusan dari para peserta di mana siri-siri pengetahuan berkaitan topik STEM seperti sains, robotik, dron, kejuruteraan dan sebagainya akan diuji secara berkala sepanjang berlangsungnya Malaysia Techlympics. Peserta dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan juga belia. Pemenang akan ditentukan mengikut kategori kumpulan umur. 

Aktiviti :

Peserta membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi sistem STEM dan seterusnya mula menjawab soalan soalan yang diajukan didalam sistem STEM sambil dipantau oleh guru pembimbing dan petugas PEDi.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 9 OGOS 2022
Masa  : 3.00pm - 5.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

Kelas ini diadakan oleh petugas kepada peserta adalah bertujuan bagi membantu peserta mahir dalam mengetahui serta menggunakan Microsoft Office Powerpoint. 

Aktiviti :

Petugas membantu peserta dalam menerangkan asas asas untuk menggunakan Microsoft Office Powerpoint, peserta pula mula membuat praktikal sambil dipantau oleh petugas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 4 OGOS 2022
Masa  : 3.00pm - 5.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Excel ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mengetahui asas-asas dalam menggunakan aplikasi Microsoft Excel seperti membuat kerja kerja yang berkaitan dengan Excel. 

Aktiviti :

Peserta membuka aplikasi Microsoft Excel dan belajar menggunakannya dengan dibantu oleh petugas PEDi.

GAMBAR AKTIVITI