Tarikh  : 5 OGOS 2022
Masa  : 8.00am - 11.00am
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : SK Felda lepang Nenering


Tujuan :

Pertandingan kuiz merupakan cara yang berkesan untuk menjadikan pembelajaran STEM mudah dan boleh diakses oleh semua golongan masyarakat. Minat generasi kini terhadap bidang berkaitan STEM semakin berkurangan di mana perhatian mereka lebih bertumpu kepada bidang Seni dan Kemanusiaan, Pendidikan, Sains Sosial, Perniagaan dan Penghakiman. Pertandingan ini memerlukan interaksi secara berterusan dari para peserta di mana siri-siri pengetahuan berkaitan topik STEM seperti sains, robotik, dron, kejuruteraan dan sebagainya akan diuji secara berkala sepanjang berlangsungnya Malaysia Techlympics. Peserta dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan juga belia. Pemenang akan ditentukan mengikut kategori kumpulan umur. 

Aktiviti :

Peserta membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi sistem STEM dan seterusnya mula menjawab soalan soalan yang diajukan didalam sistem STEM sambil dipantau oleh guru pembimbing dan petugas PEDi.

GAMBAR AKTIVITI