Tarikh  : 03 Oktober 2022
Masa  : 02.30pm - 05.30pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : IKS

Tujuan : 

Kelas e-pembelajaran kuiz keusahawanan secara atas talian ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menambah pengetahuan tentang asas-asas dalam perniagaan.

Aktiviti :

Peserta membuka laman web permainan pendidikan (kahoot) dan akan mula menjawab kuiz dengan masa yang telah ditetapkan. Pemenang dipilih berdasarkan markah yang paling tinggi.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 03 Oktober 2022
Masa  : 9.00am - 01.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

Tujuan : 

Kelas usahawan ini diadakan adalah untuk membantu peniaga di sekitar Felda Nenering untuk menimba ilmu tentang cara membuat iklan yang menarik. Peserta diajar cara edit gambar produk secara dalam talian, cara untuk mengiklankan perniagaan dll. Dengan kelas yang diadakan ini, dapatlah membantu mereka dalam mempromosi produk mereka dengan lebih baik.

Aktiviti :

Kelas bermula pada jam 9.00 pagi, mereka mula mengenalkan diri, setelah itu mereka diberikan taklimat berkaitan asas-asas untuk edit gambar produk menggunakan aplikasi canva.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 26 September 2022
Masa  : 9.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : IKS 

Tujuan : 

Kelas keusahawanan ini diadakan adalah untuk membantu para peniaga di sekitar Felda Nenering untuk menimba ilmu tentang pembankan dalam talian . Peserta diajar cara berurusniaga kewangan secara dalam talian (online banking) dll. Dengan kelas yang diadakan ini, dapatlah membantu mereka dalam memudahkan merekan untuk berurusniaga dengan lebih mudah. Seterusnya para peniaga juga didedahkan tentang penipuan penipuan kewangan di alam maya pada masa kini.

Aktiviti :

Kelas bermula pada jam 9.00 pagi, mereka mula mengenalkan diri, setelah itu mereka diberikan taklimat berkaitan asas asas membuat transaksi dalam talian dan ilmu tentang perniagaan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 1 Oktober 2022
Masa  : 09.30am - 12.30pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

Tujuan :

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu pengguna membuka akaun SPA8 untuk mencari pekerjaan dalam sektor awam.

Aktiviti :

Peserta membuka laman web SPA8 dan mendaftar sebagai pengguna. Kemudian mula mengisi butir-butir diri yang diperlukan dengan bantuan petugas PEDi.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 21 September 2022
Masa  : 10.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

Kelas ini diadakan oleh petugas kepada peserta bertujuan untuk membantu peserta belajar dan mahir dalam menggunakan Microsoft Office Word. 

Aktiviti :

Petugas membantu peserta menerangkan asas asas untuk menggunakan Microsoft Office Word. Seterusnya, peserta mula membuat praktikal sambil dipantau oleh petugas. Peserta menyiapkan surat rasmi yang diperlukan.

GAMBAR AKTIVITI