Tarikh  : 23 SEPT 2023
Masa  : 3.00pm - 6.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan : 

Program penubuhan Persatuan Penduduk Felda Nenering satu bagi generasi Belia dan Beliawanis ke arah Celit IT.

Aktiviti :

Bengkel membincangkan tentang hala tuju belia & beliawanis dimasa akan datang. Pelbagai idea yang dikongsikan bersama dan digabung untuk  satu tujuan yang baik bagi para belia & beliawanis Felda Nenering 1 lebih Celit IT pada masa kini dan akan datang.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 20 SEPT 2023
Masa  : 9.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan :

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)

Tahukah anda Suri Rumah juga turut dilindungi PERKESO?

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan dilaksanakan oleh PERKESO pada 1 Disember 2022 setelah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.Dalam sesi temu bual media, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata Kerajaan mengiktiraf peranan suri rumah dalam ‘care economy’, yang turut membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.Beliau juga menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia komited untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi memastikan tiada golongan yang yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Aktiviti :

Peserta datang ke PEDi untuk mendengar taklimat perkenaan SKSSR dan mendaftar sebagai ahli perkeso.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 15 SEPT 2023
Masa  : 10.00am - 11.00am
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1

 

  • Tujuan :

    iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut
  • Setiap program iTEKAD telah distrukturkan dengan teliti dengan menggabungkan beberapa elemen asas perniagaan seperti:
    • Pemberian modal permulaan untuk penyediaan aset perniagaan yang dibiayai melalui instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai;
    • Pembiayaan mikro yang menyokong keperluan modal kerja bagi pengembangan perniagaan dan memupuk tingkah laku kewangan yang berhemat; dan
    • Penyediaan bimbingan/latihan kewangan termasuk perancangan perniagaan yang berstruktur secara berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan untuk daya tahan dan prestasi perniagaan
  • Amaun pembiayaan inisiatif i-TEKAD adalah seperti berikut:
    • Minima: RM5,000
    • Maksima: RM50,000
  • Program ini diselaraskan oleh institusi kewangan peserta iTEKAD (usahawan mikro), dengan kerjasama rakan pelaksana seperti:
    • Penyedia latihan
    • Majlis Agama Islam Negeri
    • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
    • Agensi Kerajaan

      Aktiviti :

      Petugas membantu Usahawan IKS untuk mengisi Geran ITEKAD.

      GAMBAR AKTIVITI 

Tarikh  : 17 SEPT 2023
Masa  : 3.30pm - 5.30pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan :

Aktviti ini STEM ini adalah "Pembelajaran menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif, sistematik dan logik."

Aktiviti :

Petugas menerangkan apa aktiviti yang akan dijalakan kepada peserta dan petugas menjalankan aktiviti STEM bersama sama peserta sehingga selesai.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 10 SEPT 2023
Masa  : 10.00am - 12.00pm / 12.00pm - 1.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Kelas Matematik secara atas talian yang diadakan oleh petugas bertujuan untuk membantu palajar sekolah yang masih lemah dalam matapelajaran matematik, disamping itu juga dapat mengisi masa terluang pelajar pada cuti sekolah. Disamping itu juga, petugas juga menjalankan kuiz Klik Dengan Bijak kepada peserta yang hadir.

Aktiviti :

Petugas dan peserta membuka Web Quizizz Matematik & Quizizz KDB kepada peserta untuk menjawab soalan soalan yang telah disediakan di laman web tersebut.

GAMBAR AKTIVITI

GAMBAR AKTIVITI