Tarikh  : 20 SEPT 2023
Masa  : 9.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan :

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)

Tahukah anda Suri Rumah juga turut dilindungi PERKESO?

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan dilaksanakan oleh PERKESO pada 1 Disember 2022 setelah Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.Skim ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan melindungi golongan suri rumah apabila berlaku bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan suri rumah dalam menguruskan rumah tangga.Dalam sesi temu bual media, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata Kerajaan mengiktiraf peranan suri rumah dalam ‘care economy’, yang turut membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara.Beliau juga menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia komited untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi memastikan tiada golongan yang yang terpinggir dari mendapat perlindungan keselamatan sosial di negara ini, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Aktiviti :

Peserta datang ke PEDi untuk mendengar taklimat perkenaan SKSSR dan mendaftar sebagai ahli perkeso.

GAMBAR AKTIVITI