Tarikh  : 15 SEPT 2023
Masa  : 10.00am - 11.00am
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PEDi Felda Nenering 1

 

  • Tujuan :

    iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut
  • Setiap program iTEKAD telah distrukturkan dengan teliti dengan menggabungkan beberapa elemen asas perniagaan seperti:
    • Pemberian modal permulaan untuk penyediaan aset perniagaan yang dibiayai melalui instrumen kewangan sosial seperti derma, pelaburan impak sosial, zakat dan wakaf tunai;
    • Pembiayaan mikro yang menyokong keperluan modal kerja bagi pengembangan perniagaan dan memupuk tingkah laku kewangan yang berhemat; dan
    • Penyediaan bimbingan/latihan kewangan termasuk perancangan perniagaan yang berstruktur secara berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan untuk daya tahan dan prestasi perniagaan
  • Amaun pembiayaan inisiatif i-TEKAD adalah seperti berikut:
    • Minima: RM5,000
    • Maksima: RM50,000
  • Program ini diselaraskan oleh institusi kewangan peserta iTEKAD (usahawan mikro), dengan kerjasama rakan pelaksana seperti:
    • Penyedia latihan
    • Majlis Agama Islam Negeri
    • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
    • Agensi Kerajaan

      Aktiviti :

      Petugas membantu Usahawan IKS untuk mengisi Geran ITEKAD.

      GAMBAR AKTIVITI