Tarikh  : 3 September 2018
Masa  : 9.00am Hingga 11.30am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia


Tujuan :

Jamuan perpisahan Guru Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia ini diadakan bagi menghargai jasa beliau yang telah banyak mengajar Usahawan Usahawan Kecil di Felda Nenering ini untuk terus bangkit dan maju dalam bidang Keusahawanan dan Perniagaan.

Aktiviti :

Jamuan dibuat secara potluck, seramai 30 orang peserta usahawan yang hadir bagi menghargai perpisahan Guru Usahawan AIM Felda Nenering.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 25 Ogos 2018
Masa  : 10.00am Hingga 12.00am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Pertandingan menyusun puzzle bendera Malaysia semperna hari kebangsaan yang akan menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi, ia juga bagi memupuk semangat akan cinta dan Sayangkan Malaysia.

Aktiviti :

Petugas membantu peserta mencari laman web untuk membuka puzzle Bendera Malaysia dan mereka mula menyusun puzzle yang telah diasingkan. Pemenang dikira pada masa siapa paling singkat dan siap dahulu.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 19 Ogos 2018
Masa  : 9.45am Hingga 11.45am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas ini dihadiri seramai 10 Orang. Petugas mendedahkan peserta cara membuat poster semperna Bulan Kemerdekaan.

Aktiviti :

Peserta diajar cara membuat poster Bulan Kemerdekaan dengan menggunakan Microsoft Word. Peserta didedahkan cara mencari gambar berkaitan kemerdekaan, cara copy dan paste dan cara save gambar di dalam fail.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 21 Ogos 2018
Masa  : 9.30am Hingga 11.30am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan : 

Kelas ini dihadiri seramai 12 orang. Tujuan petugas mengadakan kelas ini bagi memanfaatkan cuti sekolah Ahli Ahli Pusat Internet dengan mempelajari pelbagai matapelajaran yang dipelajari disekolah untuk diulangkaji.

Aktiviti :

Kelas ini dimulakan pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi. Petugas membantu peserta mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. 

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 17 Ogos 2018
Masa  : 3.00pm Hingga 4.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Memberi peluang kepada ahli Pusat Internet Felda Nenering untuk menjawab soalan soalan yang dikemukakan oleh team dashboard serta memenangi hadiah yang ditawarkan.

Aktiviti :

Kuiz ini bermula dari Mei 2018 sehingga 30 Ogos 2018 . Kuiz ini mempunyai 20 soalan yang berkaitan dengan Modul MyHealth. Setiap peserta perlu menjawab kesemua soalan dengan pilihan jawapan yang betul untuk memenangi hadiah menarik yang telah disediakan. Petugas menerangkan serba sedikit tentang Myhealth dan peserta mula menjawab soalan yang disertakan di screen komputer masing masing.

GAMBAR AKTIVITI