Tarikh  : 20 September 2018
Masa  : 4.00pm Hingga 5.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas Microsoft Excel diadakan bagi membantu pelajar dalam mengetahui asas Microsoft Excel. Pelajar diajar asas asas Microsoft Excel dan cara menulis menggunakan Microsoft Excel.

Aktiviti :

Petugas menerangkan kepada peserta asas Microsoft Excel dan cara menggunakan Microsoft Excel. Selesai sesi penerangan, peserta diminta untuk membuat sendiri menggunakan komputer masing masing. 

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 17 September 2018
Masa  : 9.15am Hingga 10.45am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Usahawan PI


Tujuan :

Membantu Usahawan usahawan IKS disekitar Pusat Internet Felda Nenering untuk menambah ilmu dalam bidang perniagaan secara dalam Talian (ONLINE).

Aktiviti :

Program dimulakan pada Jam 9.15 pagi dan berakhir pada Jam 10.45 pagi. Pelbagai Ilmu dan cara perniagaan yang dipelajari oleh peserta yang hadir. Setelah selesai kelas, peserta diberi sedikit hidangan makanan ringan oleh petugas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 10 September 2018
Masa  : 9.30am Hingga 11.20am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Pelajar UPSR


Tujuan :

Kelas ulangkaji pelajaran ini diadakan khas unruk pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Petugas membantu mereka untuk menjawab soalan contoh UPSR yang terdapat di laman web online.

Aktiviti :

Petugas membuka laman Web Quizizz, dan mencari soalan contoh UPSR. Pelajar mula menjawab soalan yang diberi sambil mengulangkaji.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 14 September 2018
Masa  : 3.30pm Hingga 5.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas ini dihadiri seramai 10 Orang yang terdiri dari pelajar Sekolah Rendah. Mereka diajar menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat poster semperna hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept 2018 dengan bertemakan 'Sayangi Malaysiaku'.

Aktiviti :

Bermula Jam 3.30 petang, petugas menunjuk ajar step by step kepada peserta supaya mereka paham cara menggunakan Adobe Photoshop cs6. Setelah itu, peserta mula membuat berdasarkan demo yang ditunjukkan oleh petugas sambil dibantu dan dipantau. Peserta yang paling kreatif akan diberi sedikit cenderahati.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 7 September 2018
Masa  : 3.00pm Hingga 5.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Kelas ini diadakan bagi membantu pelajar untuk membuat persembahan di sekolah. Mereka mengambil peluang yang disediakan di Pusat Internet untuk menjadikan panduan. Mereka meminta petugas untuk menunjuk ajar cara untuk membuat persembahan melalui laman sosial Youtube. Mereka meniru tarian dan menjadikan tarian di youtube sebagai contoh untuk mereka membuat persembahan tersebut.

Aktiviti :

Petugas membantu mereka membuka laman web Youtube dan membantu mereka cara untuk meniru gerak tari yang ditunjukkan.

GAMBAR AKTIVITI