Tarikh  : 13 Januari 2019
Masa  : 4.00pm - 5.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : BELIA


Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta yang sudah tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk menghadiri kelas komputer yang diakankan di Pusat Internet Sementara menunggu keputusan peperiksaan mereka keluar.

Aktiviti :

Peserta didedahkan dengan penerangan tentang asas asas microsoft Office, setelah selesai, peserta diarahkan membuat ujian praktikal untuk mengetahui kefahaman peserta dengan apa yang diterangkan oleh petugas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 11 Januari 2019
Masa  : 3.30pm - 4.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas e-pembelajaran kahoot secara online adalah untuk membantu ahli ahli pusat internet untuk mengulangkaji pelajaran secara beramai-ramai dengan menggunakan laman web kahoot.

Aktiviti :

Petugas menerangkan dan memilih pelajaran yang mereka mahu ulangkaji, setelah itu petugas membuka web kahoot online dan peserta memasukkan no kod di pc masing masing untuk login di screen petugas. mereka menjawab dengan pantas soalan yang diajukan di screen petugas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 6 Januari 2019
Masa  : 3.00pm - 4.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Belia Felda Nenering


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan bertuuan untuk memberikan pendedahan tentang Microsoft Word dan fungsi fungsi yang terdapat di micorosft word.

Aktiviti :

Peserta diajar cara membuat resume yang ringkas dan padat. Kelas dimulakan dengan menerangkan kepada peserta tentang asas asas microsoft word, dan selepas itu petugas membuat ujian praktikal untuk peserta.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 7 Januari 2019
Masa  : 9.00am - 10.00am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : IKS Felda Nenering


Tujuan :

Program usahawan ini diadakan bagi membantu usahawan usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam dunia perniagaan.

Aktiviti :

Program bermula pada jam 9.00pagi, dimulakan dengan penerangan tentang perniagaan, memberi ilmu dalam perniagaan dan tips untuk berjaya.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 18 -19 Disember 2018
Masa  : 8.00am - 5.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Semua Komuniti Felda Nenering 1


Tujuan :

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat diantara Pusat Internet dan komuniti Felda Nenering. Amalan gaya hidup sihat ini amat penting bagi memastikan kita sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Program ini juga dapat mengetahui tahap kesihatan dalam badan seseorang. Ianya dibantu oleh Klinik kesihatan Pengkalan Hulu dan Klinik pergigian Pengkalan Hulu.

Aktiviti :

Program bermula pada jam 8.30 pagi dimulai dengan beralan seribu langkah bersama semua komuniti diketuai oleh ketua peneroka Felda Nenering 1.Setelah selesai berjalan seribu langkah, peserta mula membuat pemeriksaan kesihatan memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Setelah itu program diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Pusat Internet antaranya ialah Dashboard (Myshop, Myplace, Mykomuniti, Muatturun aplikasi Dk), mewarna poster kempen kesihatan, kuiz online dll. Peserta diberi rehat pada am 12.30 tengahari dan program disambung pada sebelah petang dengan sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Tuan Pengurus Felda Nenering 1 iaitu En.afdhal bin Ismial dan diiringi Ketua peneroka En.mohd Mokti bin Abd Hamid. Program selesai pada jam 5.30petang.

GAMBAR AKTIVITI