Tarikh  : 18 -19 Disember 2018
Masa  : 8.00am - 5.30pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering 1
Peserta  : Semua Komuniti Felda Nenering 1


Tujuan :

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat diantara Pusat Internet dan komuniti Felda Nenering. Amalan gaya hidup sihat ini amat penting bagi memastikan kita sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Program ini juga dapat mengetahui tahap kesihatan dalam badan seseorang. Ianya dibantu oleh Klinik kesihatan Pengkalan Hulu dan Klinik pergigian Pengkalan Hulu.

Aktiviti :

Program bermula pada jam 8.30 pagi dimulai dengan beralan seribu langkah bersama semua komuniti diketuai oleh ketua peneroka Felda Nenering 1.Setelah selesai berjalan seribu langkah, peserta mula membuat pemeriksaan kesihatan memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Setelah itu program diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Pusat Internet antaranya ialah Dashboard (Myshop, Myplace, Mykomuniti, Muatturun aplikasi Dk), mewarna poster kempen kesihatan, kuiz online dll. Peserta diberi rehat pada am 12.30 tengahari dan program disambung pada sebelah petang dengan sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Tuan Pengurus Felda Nenering 1 iaitu En.afdhal bin Ismial dan diiringi Ketua peneroka En.mohd Mokti bin Abd Hamid. Program selesai pada jam 5.30petang.

GAMBAR AKTIVITI