Tarikh  : 4 FEBRUARI 2022
Masa  : 12.10pm - 1.45pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

Satu program kelas ICT bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Nenering telah dijalankan di PEDi Felda Nenering 1. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar pelajar supaya mereka Celit IT. Pelbagai ilmu yang diajar dan diberikan kepada para pelajar.

Aktiviti :

Kelas pada sesi ini pelajar mempelajari cara untuk membuat animasi kartun bergerak menggunakan aplikasi yang disediakan secara dalam talian.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 21 JANUARI 2022
Masa  : 10.00am - 1.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan :

Memberikan peluang kepada komuniti untuk mengikuti kelas tambahan secara dalam talian dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi kepada komuniti.

Aktiviti :

Peserta telah menyertai kelas secara dalam talian . Petugas juga membantu peserta menunjuk ajar untuk mencari bahan pembelajaran di google. Peserta juga menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi kepada komuniti.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 17 JANUARI 2022
Masa  : 11.40am - 1.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

Seorang pelajar yang berumur 6 tahun dari PRA sekolah telah menjalani kelas ICT bersama PEDi. Beliau terdapat minat yang tersendiri untuk meceburi diri dalam mempelajari bidang ICT. Setelah memamahi apa yang diajari oleh petugas PEDi, beliau menjawab soalan kuiz secara atas talian dengan menggunakan web quizizz.com.

Aktiviti :

Petugas PEDi membantu beliau dalam menjalani pembelajaran secara atas talian.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 17 JANUARI 2022
Masa  : 9.30am - 11.40am
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan : 

Kelas usahawan ini diadakan adalah untuk membantu peniaga di sekitar Felda Nenering untuk menimba ilmu tentang asas perniagaan di musim wabak Covid-19 sedang melanda negara kita. Ianya amatlah terkesan buat peniaga peniaga kecil. Peserta diajar cara berniaga secara Atas Talian, cara untuk mengiklankan perniagaan dll. Dengan kelas yang diadakan ini, dapatlah membantu mereka dalam merancang perniagaan mereka dengan lebih baik.

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada awal pagi, mereka mula mengenalkan diri, setelah itu mereka diberikan taklimat berkaitan asas asas dan ilmu tentang perniagaan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 11 JANUARI 2022
Masa  : 9.00am - 11.30am
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) adalah salah satu bantuan kerajaan kepada semua rakyat Malaysia. Semua rakyat malaysia hendaklah mengemaskini dan data profil peribadi jika terdapat sebarang perubahan daripada data yang sediada dan membuat permohonan baru bagi individu yang baru mencukupi umur 21 tahun.

Aktiviti :

Komuniti menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi untuk mengemaskini serta membuat permohonan baru. Petugas PEDi membantu komuniti untuk mengemaskini data peribadi mereka dan membantu mereka bagi yang hendak membuat pemohonan baharu. 

GAMBAR AKTIVITI