Tarikh  : 23 FEBRUARI 2022
Masa  : 11.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi


Tujuan :

Para ibu/bapa telah diminta oleh pihak Sekolah untuk mengemaskini Modul / Data peribadi murid/ anak jagaan mereka secara atas talian di laman web yang telah disediakan oleh pihak sekolah. 

Aktiviti :

Petugas membantu para ibu/bapa untuk mengisi dan mengemaskini data peribadi yang diperlukan oleh pihak sekolah. Mereka menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi kepada komuniti setempat.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 19 FEBRUARI 2022
Masa  : 2.45pm - 5.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Usahawan IKS PEDi

 

Tujuan : 

Kelas usahawan ini diadakan adalah untuk membantu peniaga di sekitar Felda Nenering untuk menimba ilmu tentang asas perniagaan di musim wabak Covid-19 sedang melanda negara kita. Ianya amatlah terkesan buat peniaga peniaga kecil. Peserta diajar cara berniaga secara Atas Talian, cara untuk mengiklankan perniagaan dll. Dengan kelas yang diadakan ini, dapatlah membantu mereka dalam merancang perniagaan mereka dengan lebih baik.

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada sebelah petang, mereka mula mengenalkan diri, setelah itu mereka diberikan taklimat berkaitan asas asas dan ilmu tentang perniagaan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 12 FEBRUARI 2022
Masa  : 2.45pm - 4.45pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan :

Petugas PEDi telah mengajurkan kelas membuat / memohon SPA kepada pelajar yang telah tamat sesi persekolahan dan pembelajaran.

Aktiviti :

Petugas mengajar peserta cara mengisi dari permulaan hingga selesai sesi mengisi data data dan butiran diri peserta.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 16 FEBRUARI 2022
Masa  : 2.30pm - 4.45pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan : 

Kelas pembelajaran online secara atas talian diadakan adalah untuk membantu peserta menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran harian. Dengan adanya kelas secara dalam talian, ianya dapat membantu pelajar sekolah untuk mengulangkaji pembelajaran mereka dengan bermanfaat dan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PEDi kepada komuniti setempat.

Aktiviti :

Peserta membuka laman web untuk mengulangkaji pelajaran mereka serta dibantu oleh petugas PEDi.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 7 FEBRUARI 2022
Masa  : 11.00am - 1.45pm
Lokasi  : Pusat Internet Komuniti (PEDi) Felda Nenering
Peserta  : Ahli Komuniti PEDi

 

Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mengetahui asas-asas dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word seperti membuat kerja kursus, port folio, artikel dll.

Aktiviti :

Peserta membuka aplikasi Microsoft Word dan belajar menggunakannya dengan dibantu oleh petugas PEDi.

GAMBAR AKTIVITI