Nama : Rohaya Binti Yaakob
Umur : 38 tahun
Ahli : 2015



Latar belakang :

Puan Rohaya Binti Yaakob berumur 38 tahun. Seorang suri rumahtangga. Beliau merupakan anak peneroka generasi pertama di Felda Lepang Nenering ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI):

Beliau seorang yang mudah mesra. Aktif menyertai program-program bersama komuniti di Felda Lepang Nenering. Beliau telah mngetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pelbagai program usahawan dan kelas-kelas boleh disertai secara percuma daripada komuniti sekeliling. Ekoran daripada itu, beliau mula datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Nenering dan menyertai pelbagai kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Selepas menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau menyertai pelbagai kelas seperti,program usahawan, kelas mengedit gambar produk dan kelas-kelas yang berkaitan perniagaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula dengan menjadi dropship barangan kosmetik yang pelbagai. Dan kini beliau sudah berjaya untuk membeli dan menyimpan stok barangan sendiri dan sudah mempunyai kedai kosmetik persendirian.