CELIT IT

Nama : Nurul Natasya Izyan Binti Mohd Noh
Umur     : 12 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sek Keb Felda Lepang Nenering. Mempunyai 6 adik beradik dan tinggal bersama ibu dan ayahnya di Felda Nenering.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau hanya belajar secara manual di rumah atau pun di sekolah bersama kawan-kawanya. Beliau langsung tidak mengetahui asas-asas penggunaan komputer kerana di rumah tidak mempunyai keperluan untuk beliau mempelajari tentang komputer.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau mula datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengikut kawan-kawannya dan mengikuti kelas ICT dengan mempelajari komputer, asas-asas Microsoft word dll. Kini beliau sudah pandai menggunakan komputer dan rajin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pembelajaran melalui online. Beliau aktif datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)bersama kawan – kawannya untuk belajar Beliau juga seorang ahli yang aktif di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan sikapnya yang ringan tulang.