Nama : NorAzizah Binti Md. Saad
Umur : 49 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang :

Puan Norazizah seorang usahawan yang Berjaya di Felda Nenering. Beliau membuka kedai makan sudah hampir lebih 10 tahun disamping membuat bisnes catering dikawasan kawasan terdekat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Sebelum beliau mengenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau hanya ke Cyber Centre di Pengkalan Hulu untuk membuat surat, kertas kerja, mahupun untuk mencari resepi baru untuk memajukan kedai makan serta katering yang dibuat oleh beliau dan pekerjanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Selepas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ditubuhkan, dan beliau menjinakkan diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan mula mendaftar sebagai Ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Selain itu beliau juga sudah tidak susah payah untuk keluar ke Pengkalan Hulu untuk mencari maklumat yang beliau inginkan kerana Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sudah menyediakan semua secara percuma. Kini Beliau juga sudah menjadi Ahli tetap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menjadi ahli usahawan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama kelab Amanah ikhtiar Malaysia dan menyetai kelas yang diadakan pada setiap minggu di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).